Tuesday, May 25, 2010

My Little Princess


Nadia....Puteri kesayanganku.....Dah pandai suarakan "ma ma" "a bah"....
Adik tembam gelaran dari abgnye Danial....
Sekarang 25/6/2010,dah pandai pegang botol susu sendiri...
Dan dah xnk duduk jer,dia asyik nk jalan...ntah ler kalo dah pandai jalan nanti,mcm maner lah agaknya..

Saturday, May 22, 2010

Ingatlah.........

Pesanan buat umat Muhammad S.A.W

Jangan sengaja lewatkan solat...
Perbuatan ini Allah tidak suka....
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan
tidak berbasuh.....
Makruh dan mewarisi kepapaan....
Jangan tidur selepas solat subuh...
Nanti rezeki mahal....
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan...
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan...
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan...
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.....
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon pengampunan pada Tuhan...
Takut mati dalam kesesatan.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan...
Nanti rosak persahabatan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita...
Nanti kita sombong apabila berjaya...
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah....
Sedekah itu memanjangkan umur....
Dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa....
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong.....
Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan....
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.....
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.....
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba cipataanNya....
Wassalam......